Tak Jadi Cerai, Pelakon Nynaa Harizal Kembali Berbaik Bersama Suami

Hiburan

Tak Jadi Cerai, Pelakon Nynaa Harizal Kembali Berbaik Bersama Suami

Kisah rumah tangga antara pelakon Nynaa Harizal dan suami, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas nampaknya sudah mencapai kata persetujuan apabila keduanya mengambil keputusan untuk berbaik semula seperti biasa.

Nynaa dan Fahmi cerai
3 years ago

Rela Lepaskan Nynaa Harizal, Suami Dakwa Ada 'Campur Tangan' Pihak Ketiga

Advertisement

Pada Rabu, pasangan suami isteri tersebut hadir sama ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi bagi sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan Fahmi pada 12 November lalu terhadap Nynaa.

Nynaa FahmiSumber : mStar Online 

Maklum peguam yang mewakili Fahmi, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, hubungan suami isteri mereka telah berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam ikatan perkahwinan mereka.

Hari ini di hadapan hakim Muhammad Yusof Sulaiman kita berjaya merekodkan penyelasaian atau perintah persetujuan antara kedua belah pihak.

Kata Zainul lagi, terma-terma penyelesaian kes tersebuta akan dimaklumkan menerusi sebuah sidang media yang akan datang dan salah satunya adalah kedua-duanya telah bersetuju untuk berbaik semula.

Jadi tiada isu lagi, tiada isu nusyuz dan semuanya kembali taat dan seperti dapat dilihat pasangan ini hadir secara baik dan bersama.

Sementara itu, Fahmi berkata dia dan isteri akan menjelaskan secara lanjut mengenai apa yang sebenarnya terjadi dalam rumah tangga mereka dalam satu sidang media tidak lama lagi.

Terdahulu, konflik rumah tangga pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu tercetus apabila dia didakwa telah diculik ahli keluarganya sendiri.

Suami Nynaa kemudiannya telah membuat laporan polis terhadap tindakan bapa mentuanya dan turut  membuka fail tuntutan nusyuz terhadap aktres itu setelah hampir dua minggu keluar tanpa kebenarannya.

Setelah itu, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru pada 10 November lalu.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...