Impian penyanyi rock terkenal, Bandi Amuk yang sebelum ini berhasrat untuk membuka topeng mukanya terkubur selepas dirinya tersingkir di minggu ketujuh konsert Gegar Vaganza musim ke-8.
Ujar Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, kegagalan untuk beraksi di pentas akhir GV8 telah membuatkan dia mengambil keputusan untuk membatalkan niat tersebut buat selamanya.
Jelasnya lagi, dia telah menyimpan niat (membuka topeng) tersebut jika berada di Top 3 GV8 sebagai hadiah kepada peminat yang sudah lama menyokong perjalanan seninya selama ini.
GV sebuah program besar dan kalau nak buat sesuatu biarlah semua orang tahu siapa saya. Namun tak sangka pula ramai peminat marah dan minta saya jangan buka topeng.
Sebab ini trademark saya sejak sekian lam, buat apa nak gadaikan aset saya. Tapi apabila sampai sini saja perjuangan saya, maknanya Allah pun tak izinkan.
Maklum penyanyi lagi Akar Dan Bumi ini lagi, dia akan mengekalkan imej bertopeng itu sampai bila-bila.
Terdahulu, Bandi telah menyanyikan lagi I Want To Break Free pada minggu ke-7 program nyanyian tersebut namun tersingkir berikutan dia telah memperoleh mata persembahan tercorot berbanding bintang-bintang yang lain.
“Walaupun tujuh minggu dalam GV8, sejarah bersama Amuk saya takkan korbankan. Saya tak rasa terkilan atau sedih pun apabila tersingkir.” tegasnya lagi.