Bertindak membawa isterinya Qaabila Deena Emir ke hospital selepas mengalami tanda-tanda awal untuk bersalin, pelakon Saharul Ridzwan bagai ditipu apabila isterinya yang disangka sudah tiba masa untuk bersalin tidak terjadi apabila ia hanyalah kontraksi palsu atau “false alarm” setelah disahkan oleh pihak hospital.
Malangnya, sakit tersebut juga dikhabarkan makin berkurangan pada keesokkan harinya dan diminta untuk bertandang kembali ke hospital pada minggu hadapan.
Perkara itu dikongsi Saharul dalam sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya berikutan isterinya belum temui waktu yang sesuai untuk melahirkan anak kedua mereka.
“Ingatkan dah tiba waktu dia bersalin tapi rupa-rupanya baby tak nak keluar lagi kut.”
Terdahulu, pelakon ini sempat memuat naik foto bersama isteri ketika berada du hospital dan melihat kepada entri berkenaan ramai dalam kalangan peminatnya seolah mendoakan agar segala urusan beliau dan isteri dipermudahkan.
Namun, sehari selepas hari kejadian, Saharul tampil memuat naik video menjelaskan bahawa isterinya hanya mengalami kontraksi palsu.
Dalam pada itu, menurut Deena, belia menyatakan sudah mengalami kontraksi dan bukaan 1.5 cm namun tidak mahu memaksa untuk bersalin.
“Kita nak elak induce sebab doktor nak natural sahaja. Apa-apa pun kita tunggu due date untuk datang semula ke hospital.”
Untuk rekod, Saharul dan isteri telah diijabkabulkan pada 16 September 2016. Hasil perkongsian hidup itu, pasangan ini telah dikurniakna cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang dikin berusia tiga tahun.
Malah, pasangan ini juga dikatakan bakal menimang anak kedua mereka pada 15 Jun ini selepas diminta untuk hadir semula ke hospital mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan.