“Tak Isnin, Selasa…” – PMX Dijangka Akan Umum Kejutan Buat Rakyat Pada Minggu Hadapan

Berita

“Tak Isnin, Selasa…” – PMX Dijangka Akan Umum Kejutan Buat Rakyat Pada Minggu Hadapan

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat pengumuman penghargaan buat rakyat negara ini pada Isnin atau Selasa minggu hadapan.

Menurut Kosmo, ketika ini Kementerian Kewangan sedang memperhalusi dan memantapkan perkara yang bakal diumumkan itu bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

Advertisement

Saya akan cari jalan, sekarang setiap minggu pasukan Kementerian Kewangan sedang cari apa yang boleh diumumkan oleh PM dalam masa singkat.

PMX Datuk Seri Anwar IbrahimSumber : Focus Malaysia 

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera Tunas Madani dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar, Kampus UiTM Permatang Pauh hari ini.

Saya dah beritahu saya akan buat pengumuman mesti besar sikit untuk tangani masalah yang dihadapi, siap sahaja (kejutan) itu, kalau tak (umum) Isnin…Selasa. Bagi masa dua tiga hari, bagi mantap dulu nanti saya umumlah. Doa bagi yang elok-elok, Insya Allah.

Terdahulu, rakyat ‘tak senang duduk’ apabila PMX memuat naik hantaran menunjukkan poster dengan tulisan ‘Akan datang…suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia’.

Hantaran tersebut yang dimuat naik pada Isnin telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan harapan dalam kalangan rakyat jelata.

datuk seri anwar ibrahim
2025-07-14 15:54:35

"Umur Saya Dah Nak Masuk 78 Tahun, Saudara Ingat Saya Suka Berjalan Sana Sini? Ingat Tak Letih?" - PMX

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...