Personaliti media sosial, Fila Amir, tampil memberi respon terhadap pertanyaan seorang netizen yang mempertikaikan rupa paras anak perempuannya.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Fila atau nama sebenarnya Nurafilah Amir Rusdi mendedahkan ada individu yang meninggalkan komen mendakwa wajah anaknya tidak menyerupai suaminya, Adama.
Tidak berdiam diri, Fila mempertahankan anaknya dengan penuh yakin dan menegaskan bahawa setiap ciptaan adalah ketentuan Tuhan.
Soalan pun, macam kita tuhan pula. Manalah kita tahu, itukan semua ciptaan Allah. Tapi siapa cakap tak sama? Letak gambar Adama sebelah gambar Assara, sebijik je.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet menyatakan bahawa wajah kanak-kanak memang akan berubah seiring usia. Malah, mereka turut menasihati Fila dan Adama supaya tidak melayan komen-komen negatif seperti itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.