Selebriti media sosial sensasi, King Coco yang kini sudah bergelar sebagai ibu tunggal membuat pengakuan lebih tertarik kepada lelaki gentleman atau budiman berbanding lelaki kaya atau berpangkat jika dirinya terbuka hati untuk berkahwin sekali lagi.
Menurutnya, dia lebih selesa menjadi kekasih kepada lelaki sederhana, bukan dalam kalangan mereka yang berpangkat atau mempunyai gelaran darjat tertentu.
Tak nak yang kaya, biasa-biasa saja. Sedap-sedap saya lihat okey dah. Yang penting wajib gentleman (budiman).
View this post on Instagram
Sebelum ini, King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail, 23, mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor yang dikahwini pada 1 Januari 2017. Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan tarikh perpisahan mereka.
Selain terkenal dengan gaya percakapan ala ‘Mat Salih’ dan mengakui mempunyai darah pelbagai campuran, beliau turut mencetuskan kontroversi apabila dituduh sebagai perampas suami orang.
Selepas menyepi daripada industri hiburan, namanya kembali disebut apabila netizen cuba memadankannya dengan penyanyi rap, Caprice kerana serasi dengan pelat yang serupa.
Jangan lupa take note okay hahahaha.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.