“Tak Hina Pun Status Janda” – Fatin Afeefa Sedih Dihina ‘Seconhand’ Dan ‘Kereta’ Terpakai

Hiburan

“Tak Hina Pun Status Janda” – Fatin Afeefa Sedih Dihina ‘Seconhand’ Dan ‘Kereta’ Terpakai

Setelah sekian lama hidup tiada pasangan, Fatin Afeefa menasihati golongan wanita yang khususnya bergelar ibu tunggal untuk tidak hiraukan segala cacian yang dilemparkan oleh orang luar.

Melalui live TikTok yang dibuat oleh pelakon tersebut semalam, dia mengakui telah menerima pelbagai kecaman serta gelaran yang tidak enak didengari sejak bercerai.

Advertisement

Sejak bergelar ibu tunggal lima tahun yang lalu, macam-macam gelaran orang beri pada saya. Secondhand lah, kereta terpakai pun ada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFEEFA ? (@fatinafeefa)

Dalam pada masa yang sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu selalunya tohmahan yang dilemparkan dibuat oleh kaum lelaki yang tidak dapat mengawal perempuan dan oleh sebab itu, mereka merendah-rendahkan kaum janda.

Tambahannya lagi, memiliki status janda itu bukanlah satu perkara yang hina dan tidak perlu golongan wanita diluar sana yang lalui perkara sama berasa sedih apabila mempunyai status terbabit.

Pelakon yang dulu pernah popular dengan filem Tentang Bulan itu turut mengakui tidak mudah untuk menutup mulut orang dari menghina, jadi lalui hidup dengan bahagia tanpa menghiraukan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

aedy ashraf night club
4 bulan lalu

Pelakon Lelaki Kantoi ‘Berasmara’ Di Kelab Malam, Netizen Petik Nama Aedy Ashraf?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini