Tak Hadir Perbarisan Hari Sukan, Seorang Pelajar Tingkatan 2 Dipukul Senior

Trending

Tak Hadir Perbarisan Hari Sukan, Seorang Pelajar Tingkatan 2 Dipukul Senior

buli_pelajar_600Seorang pelajar tingkatan dua mendakwa dibelasah seorang pelajar tingkatan lima hanya kerana tidak menghadiri latihan perbarisan hari sukan.

Remaja itu mendakwa kejadian berlaku pada Rabu lalu, di dewan sebuah sekolah di Beserah dekat sini, semasa pelajar tingkatan lima yang merupakan ketua perbarisan itu berjumpanya untuk bertanya ketidakhadiran pada sesi latihan itu.

Advertisement

Bapa remaja yang dipukul mendakwa anaknya terpaksa ditahan di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kerana mengalami sakit di bahagian leher dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan kerana pelajar tingkatan lima itu yang baharu selesai menduduki peperiksaan hari ini,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...