“Tak Hadir Pada Hari Hol, Gelaran ‘Dato’ Akan Ditarik Balik” – Sultan Johor

Trending

“Tak Hadir Pada Hari Hol, Gelaran ‘Dato’ Akan Ditarik Balik” – Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran untuk menarik balik darjah kebesaran Dato’ yang dikurniakan ayahanda baginda, sekiranya individu yang menerima gelaran itu gagal menghadiri Hari Hol, setiap tahun.

Advertisement

Baginda bertitah amaran itu dikeluarkan berikutan terdapat segelintir daripada penerima darjah tersebut tidak menghadiri Hari Hol sebelum ini, biarpun ia diisytiharkan cuti umum di Johor sebagai memperingati kemangkatan Sultan Iskandar.

Baginda bertitah ketidakhadiran sesetengah penerima darjah itu melambangkan mereka tidak sanggup berkorban masa untuk memperingati ayahanda baginda dan tidak berminat untuk terus menjunjung kurniaan darjah tersebut.

baginda bertitah adalah lebih baik jika darjah yang diterima dikorban atau dipulangkan secara hormat sebagaimana mereka menerimanya dahulu.

“Jika tidak, saya akan mengumumkan nama-nama penerima yang darjahnya ditarik balik, tidak kira sama ada penerima itu seorang menteri, jeneral atau bekas jeneral.

“Tindakan akan diambil kepada semua penerima yang gagal hadir,” titah baginda bersempena Hari Ulang Tahun Ke-51 Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar di sini hari ini.

Turut berangkat hadir pada majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor Tunku Idris; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Hari Hol yang disambut pada 6 Safar setiap tahun kebiasaannya meliputi majlis tahlil dan istiadat ziarah makam Almarhum Sultan Iskandar.

Sumber : Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...