Tak Hadir Di Parlimen, Tengku Zafrul Nafi Sudah Letak Jawatan

Berita

Tak Hadir Di Parlimen, Tengku Zafrul Nafi Sudah Letak Jawatan

Kementerian Kewangan menerusi menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan kenyataan sebuah portal berita yang mendakwa dirinya sudah meletakkan jawatan selepas tidak menghadiri sesi Dewan Rakyat, semalam.

Perkara tersebut turut dihebahkan Tengku Zafrul menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi miliknya.

Advertisement

Jelasnya lagi, dia tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2021 (2022) kerana itu sememangnya dalam perancangan Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar para media di luar sana untuk sedikit ‘adil’ ketika membuat liputan, dan tidak menghebahkan khabar angin buat pembaca.

Saya mohon, kalau boleh, adillah sikit bila buat laporan media – gunakan kuasa pena anda untuk menceritakan hal yang betul, bukan menghebahkan khabar angin.

Kata Tengku Zafrul, dia tidak dapat hadir ketika sesi MQT (Waktu Pertanyaan Menteri) kerana mempunyai hal kecemasan di awal pagi dan ianya juga telah dimaklumkan kepada Dewan Rakyat.

Beliau juga berkata bahawa tidak mempunyai niat untuk tidak menunaikan tanggungjawan saya menjawab soalan sebagai Menteri Kewangan serta turut memohon maaf kepada YB Padang Serai,YB Tumpat dan YB Pokok Sena (yang bertanya soalan tambahan) di atas kesulitan yang berlaku.

Terdahulu, soalan mengenai adakah benar Tengku Zafrul sudah meletakkan jawatan ketika Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah bangun untuk mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 dibangkitkan oleh ketiga-tiga YB itu.

Ini berikutan Tengku Zafrul pernah memaklumkan bahawa dia ‘rela’ untuk meletakkan jawatan daripada meluluskan RM10,000 pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada rakyat.

KSWP
3 years ago

"Kerajaan Bersetuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10,000" - Ismail Sabri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...