Tak Hadir ABPBH34, Zizi Kirana Masuk Hospital Kerana Sakit Perut

Hiburan

Tak Hadir ABPBH34, Zizi Kirana Masuk Hospital Kerana Sakit Perut

Penyanyi Zizi Kirana dilaporkan telah dimasukkan ke hospital berikutan mengalami masalah kesihatan sakit perut sekaligus terpaksa menarik diri daripada menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH34) malam semalam.

Berita tersebut telah dimaklumkan oleh wakil pihak pengurusan Zizi, Farahrizan menerusi sebuah hantaran di Instagram Story untuk pengetahuan peminat.

Advertisement

Jelas Farahrizan lagi, dia memohon jasa orang ramai agar memahami keadaan Zizi dan tidak dapat memenuhi temu bual daripada mana-mana pihak buat masa sekarang.

Harap jasa baik semua yang membaca ini untuk mendoakan @zizi_kirana diberikan kesembuhan sepenuhnya. Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mesej, call dan mendoakan Zizi Kirana sehingga ke hari ini.

Dalam hantaran berbeza, pihak pengurusan turut memuat naik video pendek yang memaparkan Zizi berada di atas katil hospital dan ditolak oleh pegawai perubatan bertugas untuk diberikan rawatan.

Ujarnya lagi, Zizi ada memaklumkan bahawa dia tidak sihat dan mengalami sakit perut sebelum ini.

“Berdasarkan apa yang kami sembang, dia memang penat sebab kerja tanpa henti. Tapi kalau ada penyakit lain didiagnosis dotor saya tak tahu.” kata Farahrizan.

Semoga cepat sembuh diucapkan buat Zizi Kirana!

Zizi Kirana
3 years ago

"Mufti Kata Berdosa.." Pihak Produksi Cadang Pakai Rambut Palsu, Zizi Kirana Minta Nasihat Mufti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...