“Tak Habis Habis Guna Alasan Anak Sakit” – Artis Lelaki Tinggi Lampai, Anggota Band Popular 90an Suka Meminjam Ramai Selebriti?

Hiburan

“Tak Habis Habis Guna Alasan Anak Sakit” – Artis Lelaki Tinggi Lampai, Anggota Band Popular 90an Suka Meminjam Ramai Selebriti?

Seorang artis lelaki dikatakan sering meminjam daripada rakan selebriti dan menggunakan ‘modus operandi’ jumlah yang sama iaitu RM300.

Menurut sumber, artis itu pernah bergelar anggota sebuah kumpulan popular sekitar 90an, tinggi lampai dan berwajah tampan.

Advertisement

Gaya hidupnya sekarang dikatakan tidaklah berada dalam kategori susah atau memerlukan bantuan serta kudrat pun masih kuat.

Nampak gaya kesihatannya pun baik-baik sahaja, malah hampir setiap malam akan membuat live di TikTok dan menyanyi.

Namun kata sumber, dia gemar meminjam daripada rakan bukan sekali dua tetapi begitu kerap sehingga individu yang meminjamkan wang pun naik bengang dibuatnya.

Si artis lelaki ni tak habis habis guna alasan anak sakit demi raih simpati dan meminjam duit. Bila ditanya anaknya sakit apa, tidak pula dijawab dengan jujur.”

pinjam

Difahamkan, dia tidak hanya meminjam kepada seorang tetapi ramai juga selebriti yang sudah terkena dengannya namun perangainya ini tidak pernah terbongkar kerana mereka yang meminjamkan wang bukan jenis mencanang hal buruk sesama artis.

Apabila ditanya bila artis lelaki ini mahu membayar hutangnya, dia hanya diam seribu bahasa seperti tidak tahu malu pula.

Kalau sentiasa meratib anak sakit sebagai alasan untuk pinjam duit, buatnya anak yang sebenarnya sihat walafiat memang betul-betul jatuh sakit teruk, bukankah tak baik namanya itu?”

Kalau seorang dia pinjam RM300, bayangkan kalau dia pinjam sampai 10 atau 20 selebriti lain? Tak ke banyak tu! Harap sedar diri lah ye..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

director
9 months ago

Suka Tegur Macam Macam Isu, Ramai Mula Menyampah Dengan Pengarah Mulut Murai? - "Tak Ada Isu Pun Boleh Jadi Isu Untuk Dia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...