Seorang artis lelaki dikatakan sering meminjam daripada rakan selebriti dan menggunakan ‘modus operandi’ jumlah yang sama iaitu RM300.
Menurut sumber, artis itu pernah bergelar anggota sebuah kumpulan popular sekitar 90an, tinggi lampai dan berwajah tampan.
Gaya hidupnya sekarang dikatakan tidaklah berada dalam kategori susah atau memerlukan bantuan serta kudrat pun masih kuat.
Nampak gaya kesihatannya pun baik-baik sahaja, malah hampir setiap malam akan membuat live di TikTok dan menyanyi.
Namun kata sumber, dia gemar meminjam daripada rakan bukan sekali dua tetapi begitu kerap sehingga individu yang meminjamkan wang pun naik bengang dibuatnya.
Si artis lelaki ni tak habis habis guna alasan anak sakit demi raih simpati dan meminjam duit. Bila ditanya anaknya sakit apa, tidak pula dijawab dengan jujur.”
Difahamkan, dia tidak hanya meminjam kepada seorang tetapi ramai juga selebriti yang sudah terkena dengannya namun perangainya ini tidak pernah terbongkar kerana mereka yang meminjamkan wang bukan jenis mencanang hal buruk sesama artis.
Apabila ditanya bila artis lelaki ini mahu membayar hutangnya, dia hanya diam seribu bahasa seperti tidak tahu malu pula.
Kalau sentiasa meratib anak sakit sebagai alasan untuk pinjam duit, buatnya anak yang sebenarnya sihat walafiat memang betul-betul jatuh sakit teruk, bukankah tak baik namanya itu?”
Kalau seorang dia pinjam RM300, bayangkan kalau dia pinjam sampai 10 atau 20 selebriti lain? Tak ke banyak tu! Harap sedar diri lah ye..
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.