Penyanyi rap sensasi iaitu Caprice meluahkan rasa geram lantaran sehingga kini masih ramai pihak yang mempertikaikan cara beliau memperjuangkan jihad sebagaimana dia laungkan sebelum ini.
Caprice atau sekarang ini mahu dikenali sebagai Daddycap berkata dia percaya jika seseorang itu mahu lakukan satu kebaikan, tidak perlu untuk tunggu sehingga dirinya menjadi insan yang sempurna.
Saya tak faham kenapa ramai tak habis-habis petik ‘jihad’ saya baru-baru ini. Tapi daripada lagu Chikaro, Xde Hal Bro, dan BAL, okey saje saya berkarya.
View this post on Instagram
Beliau berkata demikian di dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram, semalam, seiring dengan mempromosikan pelancaran single terbarunya berjudul Ayah yang juga pada hari, semalam.
Dalam pada itu, Daddycap turut memberitahu biarpun dia seorang selebriti yang gemar berkarya dalam seni hip hop, namun beliau tidak akan lupa jihadnya yang diperjuangkan sebelum ini.
Tambahan lagi, dia juga sempat memerli netizen-netizen yang sering mengecamnya sebagai ‘ahli syurga’ di dalam hantaran yang sama.