“Tak Guna Punya Customer!” – ‘Buyer’ Sengaja Bagi Rating Rendah Sampai Jatuh Rating ‘Seller’

Kehidupan

“Tak Guna Punya Customer!” – ‘Buyer’ Sengaja Bagi Rating Rendah Sampai Jatuh Rating ‘Seller’

Seperti kita tahu, pembelian atas talian sekarang ini telah menjadi pilihan utama orang ramai untuk membeli barang-barang keperluan mereka, selain itu ia juga menjimatkan masa kerana tidak perlu pergi ke pusat membeli-belah.

Advertisement

Tetapi apa yang menyedihkannya, ada saja pembeli yang sengaja memberi rating rendah kepada penjual atas talian ini, padahal penilaian tersebut amat penting untuk reputasi kedai mereka.

Seperti keluhan di Twitter yang dibuat oleh seorang penjual kerana terdapat pembelinya memberikan rating rendah untuk kedainya tanpa sebab yang munasabah.

Pada mulanya penjual terbabit hanya bertanya kepada buyer tersebut kenapa memberikan rating rendah sedangkan mereka sudah menghantar barang dengan baik serta cepat, tetapi pembeli itu selamba menjawab ‘entah’ tanpa rasa bersalah.

Biarpun penjual ini bertanya pelbagai soalan kepadannya, dia seakan-akan tidak mengambil peduli dan hanya membalas dengan ayat-ayat pendek saja seperti malas hendak melayan pertanyaan penjual.

Meninjau di ruangan komen, memang rata-rata netizen bersimpati atas apa yang telah terjadi kepada seller tersebut dan meminta pembeli untuk tidak sesuka hati memberi rating rendah tanpa sebab yang tidak masuk akal.

Tuduhan gangguan seksual
2 years ago

“Jangan Lari Dari Masalah..” - Peserta Hero Remaja Didakwa Buat Gangguan Seksual?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...