Seperti kita tahu, pembelian atas talian sekarang ini telah menjadi pilihan utama orang ramai untuk membeli barang-barang keperluan mereka, selain itu ia juga menjimatkan masa kerana tidak perlu pergi ke pusat membeli-belah.
Tetapi apa yang menyedihkannya, ada saja pembeli yang sengaja memberi rating rendah kepada penjual atas talian ini, padahal penilaian tersebut amat penting untuk reputasi kedai mereka.
Seperti keluhan di Twitter yang dibuat oleh seorang penjual kerana terdapat pembelinya memberikan rating rendah untuk kedainya tanpa sebab yang munasabah.
Entahlah, kita buat kerja sehabis baik dah. Kami selalu pastikan barang customer sampai in perfect condition. Dapat pulak customer tak guna macam ni. Im so frustrated?????? pic.twitter.com/NeOPRCtdEm
— Pir (@yoursturulypir) February 23, 2022
Pada mulanya penjual terbabit hanya bertanya kepada buyer tersebut kenapa memberikan rating rendah sedangkan mereka sudah menghantar barang dengan baik serta cepat, tetapi pembeli itu selamba menjawab ‘entah’ tanpa rasa bersalah.
Biarpun penjual ini bertanya pelbagai soalan kepadannya, dia seakan-akan tidak mengambil peduli dan hanya membalas dengan ayat-ayat pendek saja seperti malas hendak melayan pertanyaan penjual.
Meninjau di ruangan komen, memang rata-rata netizen bersimpati atas apa yang telah terjadi kepada seller tersebut dan meminta pembeli untuk tidak sesuka hati memberi rating rendah tanpa sebab yang tidak masuk akal.