Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal tanah air, Awal Ashaari ditegur oleh pengikutnya di Instagram gara-gara tidak menggunakan pengaruh yang dimilikinya untuk bersuara tentang Palestin.
Menerusi hantaran Instagram baru-baru ini, Awal berkongsi beberapa keping gambar ketika di sebuah acara bersama isterinya, Scha Alyahya dan rakan-rakan elit yang lain.
View this post on Instagram
Ruangan komen hantaran itu dilihat mempunyai banyak komen warganet yang menegur Awal untuk menggunakan platform media sosial dan pengaruh yang dimilikinya menyebarkan kesedaran tentang apa yang berlaku terhadap Palestin.
Kamu adalah artis terkenal. Gunakanlah platfrom ini untuk sebarkan kesedaran tentang apa yang terjadi di Palestin.
Dalam pada itu, ada yang sempat menegur tentang gaya hidup ‘power couple’ tersebut yang dikatakan terikut-ikut dengan pengaruh Barat.
Selebriti tanah air kita menjadi bualan di media sosial kerana ramai mula mempersoal tindakan mereka yang tidak menggunakan pengaruh untuk menyatakan sokongan terhadap Palestin.
Ramai artis kita dikatakan memilih untuk berdiam diri kerana ada yang terikat dengan jenama besar atau risau tidak menjadi pilihan jenama antarabangsa yang menyokong Israel.
Kahkahkah! Adik Lofa lagi berani daripada kebanyakan artis kita.