Tak Gila Publisiti, Sophia Albarakbah Dedah Terima Mesej & Foto Lucah Melampau! – “Bukan Balas Dendam, Ada Jauh Lebih Teruk”

Hiburan

Tak Gila Publisiti, Sophia Albarakbah Dedah Terima Mesej & Foto Lucah Melampau! – “Bukan Balas Dendam, Ada Jauh Lebih Teruk”

Pelakon, Sophia Albarakbah tampil menjelaskan di laman Instagram sebab sebenar dirinya membuat laporan polis berhubung isu buli siber dan ganggu seksual yang diterima sejak kebelakangan ini.

Tak kejar publisiti murahan

Menurut Sophia, keputusannya untuk membuat laporan polis bukan untuk meraih publisiti murahan ataupun membalas dendam tetapi dia hanya mahu mempertahankan diri serta maruah sebagai seorang wanita.

Advertisement

Bitter? Gila publisiti? Tegakkan benang yang basah? Tidak! Ini bukan gurauan atau ‘just comment’.

Dapat dilihat melalui perkongsiannya di laman Instagram, terdapat beberapa tangkap layar mesej serta komen berunsur lucah, fitnah, hinaan serta ugutan daripada pelbagai pihak hingga menganggu emosi dan mentalnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

Nak pertahankan maruah sebagai seorang wanita

Dalam pada masa yang sama, aktres itu menegaskan tindakannya membuat laporan polis kerana mahu memberi mesej yang jelas bahawa wanita berhak untuk dapat perlindungan di bawah undang-undang.

Ini bukan soal balas dendam. Ini soal perlindungan, keselamatan dan maruah. Diam tidak akan mengubah apa-apa.

Sebelum ini, Sophia meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang mengungkit semula kisah lamanya menganggu rumah tangga aktor, Aliff Aziz bersama pelakon, Bella Astillah.

Sophia al barakbah kesal kisah lama diungkit kembali
2025-08-04 17:27:06

"Awak Sejijik Manusia Kenapa Angkuh Sangat, Allah Pun Ampunkan Hambanya" - Sophia Albarakbah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...