Tak Gemar Makan Sayur Kerana Rasanya Pahit? Anda Pasti Berubah Fikiran Jika Tahu Ini Khasiatnya

Trending

Tak Gemar Makan Sayur Kerana Rasanya Pahit? Anda Pasti Berubah Fikiran Jika Tahu Ini Khasiatnya

Bukan semua orang menggemari sayur-sayuran hijau ini. Yelah, sayur kan rasanya pahit dan ramai jugalah yang mengelak untuk makan sayur.

Advertisement

Namun untuk yang penggemar sayur-sayuran, tidak menjadi satu masalah. Sebab itu kesihatannya lebih baik berbanding yang kurang menggemari sayur.

Tahukah anda bahawa sayur ada khasiatnya yang tersendiri. Bila anda dah tahu khasiat-khasiatnya, adakah anda tetap tak nak juga makan sayur?

Bagaimana pula sayuran hijau ini boleh memberi khasiat yang baik pada tubuh kita? Adakah seperti ubat, yang pahitnya mampu merawat sakit kita? Admin kongsikan kepada anda, 5 khasiat yang akan anda perolehi, jika memasukkan sayuran hijau dalam pemakanan harian anda. Jom kita tengok.

KETAHUI 5 KHASIAT PENTINGNYA MAKAN SAYUR HIJAU

Ramai di antara kita yang liat nak makan sayur, lagi-lagi sayur hijau. Bukan setakat kanak-kanak je tak nak makan sayur, orang dewasa pun sama.

Mesti ada dalam kalangan kita yang tak tahu apa khasiat bila makan sayur hijau kan?

Nak tahu ketahui khasiat sayur hijau? Mesti anda tak sangka khasiatnya, lagi-lagi khasiat yg terakhir.

1. Membina Dan Memperbaiki Tulang

Sayur yang tinggi kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat, dan dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis.

2. Menangani Masalah Kesihatan

Sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan. Pakar-pakar Sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati dan kencing manis.

3. Memastikan Sistem Imun Kuat

Sayuran hijau seperti bayam mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melindungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia, juga membantu pembaikan tisu badan.

4. Mencantikkan Kulit

Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk mengekalkan kelembapan seterusnya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut.

5. Membantu Menurunkan Berat Badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat. Ia membantu anda untuk berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Kandungannya yang sangat rendah kalori juga membantu dalam proses penurunan berat badan.

Tidak sangka rupanya terdapat banyak khasiat dalam sayur hijau ini, mungkin selepas ini boleh mempelbagaikan cara masakan yang sihat, dengan menggunakan sayuran hijau. Jika makanan sudah disediakan dengan seimbang, sudah pasti badan juga kembali bertenaga.

Sumber: Coach Kamarul & Coach Aisyah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...