“Tak Gemar B40 Je Kot, Cuba Kalau T20” – Netizen Anggap Elfaeza Ul Haq Sebenarnya ‘Memilih’ Jodoh, Nak Kaya & Hensem

Trending

“Tak Gemar B40 Je Kot, Cuba Kalau T20” – Netizen Anggap Elfaeza Ul Haq Sebenarnya ‘Memilih’ Jodoh, Nak Kaya & Hensem

Penghijrahan pelakon berasal dari Singapura, Elfaeza Ul Haq meraih perhatian ramai netizen yang memujinya kerana berubah tanpa menunjuk-nunjuk.

Rakaman video temu bual Elfaeza bersama pendakwah bebas Ustazah Asma Harun baru-baru ini tular di TikTok di mana dia memberikan pandangan dan menjawab isu berkenaan dengan jodoh.

Advertisement

Ketika itu, dia ditanya oleh Ustazah Asma mengapa masih belum bernikah sedangkan sudah berusia 37 tahun dan jika dia berasa tertekan apabila ditanya soal perkahwinan.

Kalau nak kata saya ni banyak tolak orang sebenarnya tidak. Orang yang segan itu bagus. Saya tak suka bila lelaki suka saya. Bila ramai yang tanya tak ada ke orang nak merisik atau ajak berkenalan, memang tiada Alhamdulillah.”

Bagaimanapun, kenyataan Elfaeza itu menerima kritikan dan sindiran daripada ramai warganet di Facebook yang beranggapan dia sebenarnya memilih dalam soal jodoh.

Menerusi ruangan komen sebuah portal media, sesetengah netizen dilihat memerli Elfaeza dan mendakwa dia sebenarnya dalam diam mahukan individu yang berstatus dan kaya.

Bukan itu sahaja, ada yang membuat andaian mungkin ada segelintir lelaki yang berminat degan Elfaeza tetapi ditolak mentah-mentah kerana bukan daripada golongan kategori T20.

Tak gemar lelaki B40 je kot. Cuba datang hat T20, VIP, anak raja. Bruhh sembang.”

Meskipun sesetengah netizen mengkritik Elfaeza namun ramai yang memujinya kerana benar-benar berubah dan mahu fokus dengan keagamaan.

Beberapa netizen pula berpendapat mungkin pelakon Adam dan Hawa itu pernah ada sejarah pahit membabitkan cinta sebelum ini membuatkan dia lebih berhati-hati dalam soal jodoh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dunia Glamor Tak Indah" - Kini Berniqab, Kisah Hijrah Diana Amir & Elfaeza Ul Haq Buat Netizen Tersentuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...