“Tak Funny Langsung” – Ikut Trend Takutkan Anak Guna Audio Pontianak, Bella Astillah Dikecam Netizen

Hiburan

“Tak Funny Langsung” – Ikut Trend Takutkan Anak Guna Audio Pontianak, Bella Astillah Dikecam Netizen

Sedia maklum, ketika ini trend menakutkan anak kecil dengan menggunakan audio pontianak di platform TikTok sering kali dilihat dan ia bukan saja di kalangan netizen biasa, malah para selebriti turut melakukannya.

Baru-baru ini, pelakon serta penyanyi, Bella Astillah telah menyertai trend ini juga dengan meninggalkan kedua-dua anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Aderannna di dalam bilik sambil memainkan audio pontianak itu.

Advertisement

Selepas mendengar ‘pontianak’ itu mengilai, Ayden sememangnya terkejut lalu berlari terus ke pintu, namun ditutup rapat oleh Bella dan adiknya pula, Ara seperti tidak tahu apa yang telah berlaku.

Bagaimanapun, tindakan yang dilakukan oleh penyanyi terbabit tidak diterima baik oleh segelintir netizen dan mereka juga tidak lupa untuk menegurnya.

 

komen tiktok

komen tiktok

Mereka menasihati Bella agar tidak melakukan seperti itu kerana ia akan membuat anak-anak kecil tersebut mengalami trauma dalam jangka masa yang panjang.

Sekadar info, Bella dan Aliff Aziz telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Mereka juga pernah bercerai akibat ujian yang dihadapi tetapi rujuk semula dalam tempoh edah.

4 bulan lalu

"Trend Sampah!" - Tular Trend Terkini Di TikTok, Takutkan Budak Kecil Dengan Audio Pontianak Mengilai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    August 17, 2022 at 5:42 pm

    boleh tahan bebal

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...