Baru-baru ini pelakon Eyka Farhana memuat naik sebuah video di laman TikTok yang berkongsi kisah tentang pembantu rumahnya yang telah lari selepas dibayar gaji. Dia menceritakan kisah tersebut sambil melakukan rutin penjagaan mukanya.
Dalam video berkenaan, Eyka menceritakan bagaimana kisah pembantunya yang lari semasa dirinya tidak sihat di rumah. Pada awalnya, dia hanya terkejut kerana pembantunya meminta gaji lebih awal dari biasanya namun disebabkan tidak menyangka apa-apa, Ekya pun membayar gaji tersebut sebelum diberitahu oleh ibunya bahawa individu tersebut telah pun meninggalkan rumah itu.
Dalam pukul 6 pagi, ibu saya kejut dan maklumkan pada saya yang bibik saya ni dah lari.
Tapi lepas saya cari tahu, rupanya pasal lelaki. Saya tengok TikTok dia, selalu duet dengan lelaki.
@misseyka.fIm so frustrated but thank you!♬ original sound – Eykafarhana
Pada masa yang sama, selepas video tersebut dimuat naik di laman sosial berkenaan, ruangan komen aktres jelita ini dipenuhi dengan netizen yang malah fokus kepada produk penjagaan muka yang digunakan pelakon ini.
Rupa-rupanya setelah ada yang menyenaraikan produk-produk yang dipakai, ternyata ramai yang terkejut melihat harga barangan tersebut yang mencecah ribuan untuk satu produk. Ada juga yang berseloroh mereka melihat video itu berkali-kali disebabkan fokus meneliti produk apa yang dipakai.
Selain itu, kami kongsikan juga artikl trending yang lain pada pautan di bawah.