Meskipun reda dengan kompaun yang diberikan pihak berkuasa di atasa kesalahan gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka pada sebuah majlis anjuran syarikatnya iaitu Rindu Raudah Sdn Bhd, Caprice walau bagaimanapun masih merasa tidak adil kerana reputasi syarikatnya telah tercalar akibat tindakan seorang personaliti media sosial yang mencetuskan permasalahan tersebut sehinggakan menjadi tular.
Ujar Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli,33, ianya tidak adil kerana syarikatnya yang menjadi penganjur utama majlis tersebut telah sedaya upaya memastikan tetamu mengikut SOP ditetapkan namun disebabkan ‘influencer’ tersebut, orang lain terpaksa menanggung akibat.
View this post on Instagram
“Hanya disebabkan seorang personaliti media sosial ini, habis semua artis-artis lain pun kena kompaun. Saya sebenarnya tidak kisah dengan jumlah RM10,000 yang kena kompaun itu tapi reputasi syarikat dan diri saya dah tercalar. Sebelum ini saya selalu ingatkan orang jaga SOP, dan tak fasal-fasal hanya kerana dia ni seorang habis semua kena.”
Terdahulu, Caprice telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel di ibu kota pada 29 April lalu dan antara selebriti yang hadir adalah Heliza Helim, Iman Torye, Nurin Afiqah Zulkifli, Mawar Rashid, Hazwani Helmi turut dikenakan kompaun RM1,500 seorang.
Dalam pada itu, Caprice juga memaklumkan bahawa hubungan baiknya bersama ‘influencer’ tersebut turut terjejas dan menjadi keruh.
Ini berikutan permintaan untuk memberi kerjasama dalam kes tersebut dilayan endah tak endah oleh personaliti berkenaan sehinggakan Caprice mengambil keputusan untuk memfailkan saman dan masih menunggu untuk dibicarakan.
View this post on Instagram
Sekadar info, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis tersebut apabila tular beberapa foto memaparkan artis melanggar SOP dalam penganjuran majlis sosial Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), April lalu.