“Tak Faham Mat, Google Pun ‘Error'” – Gaya Rambut & Persembahan Datuk Syafinaz Jadi Kecaman, Ramai Yang Tak Faham

Hiburan

“Tak Faham Mat, Google Pun ‘Error'” – Gaya Rambut & Persembahan Datuk Syafinaz Jadi Kecaman, Ramai Yang Tak Faham

Penyanyi dan guru vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat baru-baru ini menjadi tumpuan netizen gara-gara persembahannya di satu program hiburan sebuah stesen televisyen tempatan.

Dalam video yang menjadi tular itu, Syafinaz dilihat menyanyikan lagi Persis Salju dan juga Europa nyanyian asal Monica Naranjo dengan gayanya yang tersendiri.

Advertisement

Namun begitu, nyanyian juri program All Stars Gegar Vaganza itu tidak dapat diterima sesetengah netizen kerana mereka mendakwa tidak faham lirik.

Malah, ada yang mengkritik cara nyanyian yang dikatakan mempunyai kesalahan ketika menyampaikan lagu tersebut.

@radiotelevisyenmalaysia

Bak kata Awal Ashaari tadi, Ratu Juri Malaysia. Siapa sempat tengok Awal usik Datuk Syafinaz tadi? ?? #KonsertIniBaruBintang3 #IniBaruBintang #BintangRTM #BRTM2024

? original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Lagu melayu ke english ni? Satu habuk pun aku tak faham.

Tak faham matt. kalau google pun error ni, kena perbaiki cara nyanyian ni Datuk Syafinaz.

Lirik lagu tak jelas, maaf Dato Syafinaz ni lagu cerita apa ni, melodi dah sedap, cuma lirik wallah tidak jelas, tidak faham lagu tentang apa.

Difahamkan, Datuk Syafinaz ada membaut persembahan di Konsert#IniBaruBintang3 pada Sabtu lalu bersama-sama dengan penyanyi hebat lain seperti Datuk Nora, Datin Shima, Rosemaria, Ernie Zakri dan ramai lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ajai ryan adam bakery famili duo
1 year ago

"Suara Tak Sedap, Ganggu Telinga Saya" - Ajai Jujur Tak Suka Persembahan Ryan & Adam Bakery

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...