Tular di media sosial baru-baru ini mengenai perkongsian seorang netizen mengenai tahap kebersihan di sebuah restoran terkenal di Kampung Baru yang didakwa kotor dan tidak bersih.
Dalam untaian Tweet itu, individu berkenaan telah berkongsi beberapa keping foto memaparkan minuman yang dipesan di restoran itu mempunyai serangga.
Setelah membuat aduan, minuman individu berkenaan telah diganti dengan yang baru.
Makan malam di gerai western famous di kampung bharu sekitar 9.43pm, dua tiga sedut baru perasan ada cebisan percintaan kita diatas bibir cawan, alhamdulillah air diganti baru tanpa panjang cerita, sebab apa? Cuba teka dimanakah tempat jin beranak ini, hint di dalam gambar. Hehe pic.twitter.com/Qy69uCcYDT
— az (@nottyshu_) July 1, 2022
Namun, apa yang mencuri tumpuan dan menjadi bahan bualan netizen adalah apabila restoran berkenaan sebenarnya pernah tular sebelum ini di TikTok gara-gara menyiapkan makanan dalam keadaan kotor yang melampau-lampau.
Kata individu itu, dia tidak berniat untuk menutup pintu rezeki restoran berkenaan namun ingin memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati selain berharap pihak restoran itu lebih peka dengan isu kebersihan di premis.
Dalam pada itu, netizen meluahkan rasa hairan kerana restoran berkenaan masih lagi beroperasi meskipun pernah ‘viral’ beberapa kali sebelum ini gara-gara cara penyediaan makanan mereka yang kotor.
Ada juga yang berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya sebelum ada yang jatuh sakit akibat termakan makanan yang tidak bersih dan dicemari.
BACA: “Macam Dekat India” – Netizen Geli Tengok Peniaga Pasar Malam Gaul Ayam Berempah Tak Pakai ‘Glove’