Tak Faham Kenapa Ramai Sangat Gila Berlari, Kawan Abang Nara Kongsikan 5 Sebab Dirinya Kemaruk Aktiviti Ini

Hiburan

Tak Faham Kenapa Ramai Sangat Gila Berlari, Kawan Abang Nara Kongsikan 5 Sebab Dirinya Kemaruk Aktiviti Ini

Berlari kini seolah-olah menjadi satu ‘trend’ di kalangan rakyat Malaysia. Kalau anda berada di usia Abang Nara (sekitar 30-an), pasti Facebook anda akan dipenuhi dengan gambar-gambar rakan anda menyertai acara berlari yang diadakan hampir setiap minggu. Kalau yang extreme tue siap sanggup terbang ke oversea semata-mata nak berlari. Kagum!!!

 photo 1.png

antara contoh aktiviti larian yang dilakukan tahun lepas, myBuddies Run 2015

Secara jujur, Abang Nara tertanya-tanya juga apa yang seronok sangat aktiviti berlari ini. Abang Nara memang tak berminat nak join sebab tak nampak apa yang bestnya. Kalau setakat nak sihatkan badan, Abang Nara lagi prefer main badminton ke, main futsal ke. Boleh juga keluar peluh. Semalam, persoalan Abang Nara ini terjawab apabila terbaca satu status daripada kawan Abang Nara tentang kegilaannya berlari. Ini ada 5 sebab:-

Advertisement

1. Mudah

 photo 2.png

masa bercuti tepi pantai pun boleh berlari

Yup berlari amatlah mudah. Cuma perlu pakai seluar sukan, t shirt yang sesuai dan sepasang kasut dan anda sudah boleh mula berlari. Tak perlu nak pergi booking court badminton, nak drive kereta pergi tempat futsal atau sebagainya. Kalau tiba-tiba gian nak berlari tue datang, boleh pusing satu kawasan perumahan. Senang cerita, berlari nie bila-bila masa pun boleh buat.

2. Murah

 photo 3.png

Satu-satunya peralatan untuk berlari yang anda perlu beli baru ialah kasut. Baju dan seluar boleh pakai yang sedia ada. Kasut berlari pun tak adalah mahal sangat. RM200, RM300 dah boleh dapat yang bagus punya. Lepas tue kasut tue boleh tahan setahun dua. Jika dikira ratio, anda hanya perlu bayar RM1 sehari untuk menggunakan kasut tersebut selama setahun. Berbaloi-baloi kan?

3. Banyak acara larian sepanjang tahun

 photo 4.png

Ini yang paling best sebenarnya. Seperti yang Abang Nara cakap, hampir setiap hujung minggu ada acara larian yang akan dianjurkan oleh pelbagai pihak. Contohnya pada 21 Ogos ini, myBuddies Run 2016 akan dianjurkan oleh MYNIC dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Cyberjaya. Ada 3 kategori yang boleh dipilih berdasarkan keupayaan masing-masing iaitu 3km (larian bertopeng), 5km (larian bertopeng) dan 10km. Penyertaan adalah terbuka pada semua dan pendaftaran boleh dilakukan di www.mybuddies.my

4. Goodies beg dan hadiah-hadiah yang awesome

Dan bila ada acara larian yang super duper banyak, sudah tentu goodies beg dan hadiah-hadiah yang ditawarkan juga adalah awesome. Menurut kawan Abang Nara, nak menang acara larian yang dipertandingkan memanglah sukar, namun kalau nasib baik boleh menang lucky draw. Katanya myBuddies Run 2016 kali ini menawarkan lucky draw dengan jumlah hadiah bernilai RM65,000. Ada 5 buah mountain bikes dan juga anda berpeluan memenangi sebuah kereta Proton Iriz sebagai hadiah utama untuk mereka yang bertuah.

Kalau anda betul-betul rasa hebat berlari dan ada keyakinan untuk menang, myBuddies Run 2016 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 untuk pemenang kategori 10km. Setiap acara larian menawarkan hadiah yang berbeza. Tapi kalau Abang Nara join, dah dapat goodies beg pun dah happy sangat kot. Tak sanggup nak bersaing dengan yang memang kerjanya berlari je setiap minggu.

5. Sihatkan tubuh badan

 photo 5.png

Menurut kawan Abang Nara, sebelum menjadikan aktiviti larian ini sebahagian daripada hidupnya, berat badannya adalah 85kg. Gemuk, double chin, cepat penat, malas nak buat kerja dan senang marah. Namun selepas setahun berlari, kini dia mendapat berat badan ideal iaitu 60kg. Badan pun segar bugar. Kadar kalori pun rendah. Senang cerita, memang terasa sihat sangat-sangat. Jeles pun ada bila Abang Nara tengok kehidupannya yang nampak makin sihat sejahtera.

BONUS: Banyak awek cun masa acara larian

 photo 6.png

Yang nie tak perlu terang lebih-lebih takut bini marah katanya. Hahaha. Apa-apa pun jangan lupa 21 Ogos ini myBuddies Run di Cyberjaya. Maklumat lanjut www.mybuddies.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...