“Tak Faham Kenapa Perlu Label Janda” – Kahwin Dua Hari Kemudian Bercerai, Gadis 17 Tahun Ini Enggan Digelar Janda Sebab…

Kehidupan

“Tak Faham Kenapa Perlu Label Janda” – Kahwin Dua Hari Kemudian Bercerai, Gadis 17 Tahun Ini Enggan Digelar Janda Sebab…

Video dimuat naik oleh seorang gadis di aplikasi TikTok baru-baru ini meraih perhatian netizen sehingga mendapat lebih 350,000 tontonan.

Menerusi rakaman itu, dia meletakkan kapsyen soalan daripada orang lain yang bertanya mengapa dia sudah bergelar janda sedangkan baru meningkat remaja.

Advertisement

Kenapa sudah jadi janda, baru 17 tahun?”

Jelas remaja itu, jodoh dan maut itu adalah ketentuan Allah dan jangan paksa seseorang untuk mencintai sebaliknya biarkan ia datang dengan hati yang ikhlas.

@prettypretty4198

#FlexYourFreestyle #FilmTeyvatIslands #berandatiktok #xyzbca #fyp #ttsabahan#jodohiturahasiaallah?

? suara asli – Kyu Mhey – Kyu Mhey

Menurut gadis bernama Noranah Roni itu, dia dan bekas suami tidak tinggal bersama ketika masih mempunyai ikatan yang sah.

Malah, keputusan untuk bercerai juga adalah perbincangan dan dipersetujui bersama. Jelasnya, mereka bergelar suami isteri hanya selama dua hari sebelum keputusan untuk berpisah dibuat.

Disebabkan itu, gadis berasal dari Semporna Sabah ini berharap dia tidak digelar janda kerana belum sempat menjalani bahtera rumah tangga.

Kalau dikatakan janda, sebenarnya bukan juga sebab belum sempat menjalani kehidupan berumahtangga. Dua hari terus saya bercerai, saya pun tak faham kenapa perlu label janda.”

Difahamkan, Noranah dan bekas suami berkahwin pada 6 Jun lalu bukan kerana cinta tetapi atas kemahuan keluarga. Disebabkan tidak mahu mengecewakan kedua ibu bapa, dia dan lelaki itu akur sahaja.

Namun, selepas urusan perkahwinan selesai mereka berdua sependapat untuk berpisah memandangkan kehendak keluarga juga sudah dituruti.

Selepas berbincang dengan kedua belah pihak, keputusan mereka untuk bercerai itu dipersetujui dengan baik.

Katanya, dia banyak menerima kata-kata negatif dan kecaman seperti menuduhnya berkahwin muda atas sebab tidak elok dan berkata tindakannya itu memalukan keluarga.

Namun, Noranah akui bersyukur masih ramai yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat buatnya untuk terus memandang ke depan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wanita gembira cerai
2 years ago

(VIDEO) "Dah Lama Derita Kot"- Melompat Keriangan Setelah Bercerai, Wanita Ini Bahagia Dapat Tukar Ke Status Janda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...