Apabila YouTuber dan jurusolek sensasi dunia, James Charles, memberi rating 3/10 untuk produk tempatan NIMS Crispy Choco Tub, ramai menjangka pengasasnya akan ‘tersentap’ atau merasa kecil hati.
Namun sangkaan itu ternyata meleset. Sebaliknya, pengasas NIMS, Tengku Norhanim Tengku Othman atau mesra dikenali sebagai Hanim, tampil dengan respon yang tenang, matang dan penuh keyakinan.
Tak semua tekak sama. Biasalah kalau ada yang tak suka. Tapi ramai rakyat Malaysia bagi rating 10/10 untuk NIMS. Kita sudah tembus pasaran 18 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS).
Saya percaya kepada Bad Marketing, Big Impact. Jadi saya okey saja dan tak ambik hati dengan ulasan dia.
Walaupun ulasan itu boleh dianggap pedas, Hanim tetap melihatnya sebagai satu bentuk publisiti percuma dari seorang pempengaruh global yang mempunyai jutaan pengikut.
Dalam video YouTube bertarikh 2 Ogos, James Charles mencuba pelbagai snek, termasuk produk popular Malaysia, NIMS Crispy Choco Tub.
Saya sudah tunggu lama untuk merasai produk tular ini (NIMS Crispy Choco Tub). Pelik juga bagaimana bijirin ini masih rangup biarpun sudah dilimpahi coklat di dalam bekas.
Selepas merasainya, saya nilai kualiti coklat tidak bagus dan kurang ‘kick’. Namun, bijirin rasa sedap dan masih rangup. Suapan pertama snek ini saya kira sedap. Bagaimanapun suapan seterusnya, jadi rasa pelik.
Pelik juga kenapa produk ini boleh tular. Saya takkan mengesyorkan produk ini kepada orang lain. Jadi saya beri markah tiga daripada 10.
James turut memberi ulasan terhadap beberapa produk lain, dengan ada yang menerima markah lebih rendah bahkan serendah 1/10 dan 2/10.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.