“Tak Faham Apa Motif Dia Bertudung..” – Macam Mencurah Air Ke Daun Keladi, Kilafairy Kembali Muat Naik Gambar Mencolok Mata

Hiburan

“Tak Faham Apa Motif Dia Bertudung..” – Macam Mencurah Air Ke Daun Keladi, Kilafairy Kembali Muat Naik Gambar Mencolok Mata

Belum reda isu sebelum ini tentang pelakon Kilafairy yang mengenakan pakaian yang mencolok mata ketika mempromosikan produk langsing, timbul lagi gambar-gambar baru yang dimuat naiknya baru-baru ini yang tak kurang seksi.

Hantaran yang dimuat naik itu memaparkan pelakon tersebut yang sedang menghadiri sebuah acara dengan mengayakan busana jumpsuit berwarna hijau yang menampakkan bentuk badanya sehingga membuat ramai netizen mempersoal cara dirinya berpakaian.

Advertisement

Makin lama makin tak faham apa motif dia bertudung.

Hidup ni kalau nak viral atau popular sekelip mata memang mintak nak kecam ke?

ssSumber : Instagram  

Melihat ke ruangan komen hantaran tersebut, warganet kembali membidas cara aktres ini mengenakan busana yang tidak patut digayakan sebagai seorang Muslim. Ada juga yang mempersoalan tujuan Kilafairy ini bertudung jika memakai pakaian ketat begitu.

Pada masa yang sama, kelihatan pelakon ini masih belum menampakkan bayangan hendak berubah dari segi pemakaian meskipun dihentam hebat oleh mata-mata yang memandang. Namun begitu, ada juga yang tak henti-henti mengirimkan doa agar pelakon ini diberikan hidayah sebelum terlambat.

Sebelum ini, Kilafairy sempat tular di media sosial apabila video yang memaparkan dirinya memakai busana yang ketat itu viral.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kilafairy
6 months ago

Promosi Produk Langsing, Pakaian Ketat Kilafairy Undang Komen 'Double Meaning' Ramai Lelaki - "Fuhhh Solid, Lemas Do..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...