Tular di laman Twitter, satu ciapan oleh seorang gadis dikenali sebagai Fayeruz Syahira yang menghebahkan borang iklan cari jodoh untuk rakan baiknya.
Menerusi hantaran tersebut, rakan baiknya dipercayai sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang dan sedang mencari calon suami yang serius dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Hantaran tersebut turut disertakan dengan informasi tentang diri rakannya serta ciri-ciri lelaki idaman yang dicari dan link borang untuk diisi kepada para jejeka yang berminat.
Namun, mereka tidak menyangka hantaran tersebut tular dan berjaya meraih 3.4K ciap semula dan 10.9K tanda suka.
Yes, legit. tak expect application banyak sampai macam ni. Mintak maaf application terpaksa ditutup memandangkan terlalu banyak.
Malah, borang tersebut juga mendapat 2,000 respon sehingga mereka terpaksa menutup link borang permohonan tersebut.
Dalam pada itu, gadis itu turut berkongsi cipan itu tular sehingga ada stesen radio yang menghubunginya untuk ditemubual.
Namun, gadis itu terpaksa menolak tawaran tersebut dan berharap ciapan tersebut tidak tular lagi di mana-mana media sosial dan memohon untuk diberikan ruang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.