Rasanya apabila seseorang itu melancong ke luar negara, hal yang sering diperhatikan adalah keindahan negara yang dikunjungi serta lokasi-lokasi menarik yang boleh dikunjungi.
Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa warisan masyarakat dan keunikan sesuatu negara juga merupakan penyumbang supaya pengalaman melancong lebih berharga, antaranya loghat masyarakat tempatan.
Ini top 5 loghat paling seksi dalam dunia
Melalui laporan Enjoy Travel, pihak mereka ada menjalankan satu tinjaun pada tahun 2019 mengenai ‘loghat paling seksi’ di seluruh dunia dan senarai tersebut dikenali sebagai ‘Top 50 World Sexiest Accent’.
Dapat dilihat dalam tinjaun tersebut, bahasa Kiwi iaitu berasal daripada New Zealand merupakan yang paling menawan dan menduduki tempat pertama untuk loghat paling seksi dalam dunia.
Diikuti pula, loghat Afrika Selatan tempat kedua, Ireland tempat ketiga, Itali tempat keempat, Australia tempat keelima, dan menjadikan mereka senarai lima teratas loghat paling seksi di dunia.
Wow loghat Malaysia turut tersenarai! Kalahkan Jepun & China
Tapi hal yang menarik perhatian apabila Malaysia turut tersenarai dalam loghat paling seksi dalam dunia itu dan diduduki tempat ke-39,
Malah, loghat Malaysia mengalahkan negara Asia yang lain seperti Jepun tempat ke-42, Cina tempat ke-43 dan Thailand tempat ke-48.
Loghat Malaysia ini memang penuh dengan kehangatan, mesra, dan unik, di mana ia mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama yang hidup bersama-sama.