Penyanyi lagenda, Zaiton Sameon, yang telah hidup bersendirian lebih 30 tahun, mengakui sesekali dirinya dihantui rasa sunyi tanpa kehadiran seorang suami di sisi.
Meskipun pernah melalui dua perkahwinan yang tidak berkekalan, Zaiton yang sinonim dengan lagu Menaruh Harapan tidak menolak kemungkinan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya ada jodoh.
Baru-baru ini, penyanyi berusia 69 tahun itu dilaporkan sedang dalam proses mengenali seorang doktor dari Kelantan, Dr Afif Mohd Ridzwan, 44, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain.
Dr Afif, yang mempunyai rangkaian 16 klinik di Pantai Timur, telah datang ke kediaman Zaiton bersama penyampai radio THR Gegar, Fizie Roslan, bagi menghadiahkan suplemen EnerVast yang dikatakan bermanfaat untuk kesihatan usus.
Zaiton turut menjelaskan bahawa dia dan Dr Afif hanya berhubung melalui panggilan dan aplikasi WhatsApp semata-mata atas tujuan kesihatan.
Bagaimanapun, Zaiton sedikit kekok apabila ada pihak membuat spekulasi mengatakan mereka sedang bercinta.
Tak dinafikan, Dr Afif seorang yang baik hati, murah dengan senyuman, dan suka memberi nasihat. Tetapi, hubungan kami hanya sebagai pesakit dan doktor. Kalau kami nampak mesra, itu hanya kerana berbual tentang kesihatan.
Tak baiklah kalau ada yang anggap kami ada hubungan istimewa. Soal kahwin? Bukan itu matlamat hidup saya sekarang. Saya lebih fokus pada kerjaya dan bisnes.
Dalam masa yang sama, Zaiton kini aktif menjana pendapatan menerusi perniagaan produk seperti Rendang Nasib, Sambal Bilis Hijau Petai, dan rangkaian minyak wangi miliknya, Millionaire dan Gabriel.
Sementara itu, Dr Afif menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa hubungan mereka tidak lebih daripada seorang anak dan ibu angkat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.