Tak Dijemput Ke Kenduri Saharul Ridzwan, Mia Ahmad Perjelas Isu Ketidakhadirannya

Hiburan

Tak Dijemput Ke Kenduri Saharul Ridzwan, Mia Ahmad Perjelas Isu Ketidakhadirannya

Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad satu ketika dahulu pernah bercinta namun hubungan mereka terputus di tengah jalan. Kini Saharul Ridzwan sudah pun bergelar suami kepada Deena Emir. Perkahwinan mereka telah pun berlangsung minggu lalu. Peliknya, ketidakhadiran Mia Ahmad ke kenduri Saharul Ridzwan telah menimbulkan spekulasi dan pandangan negatif daripada peminat. Ada yang menggelarkan Mia Ahmad tidak profesional, mahu mengelak dan masih berasa kecewa kerana bekas kekasihnya sudah berkahwin.

mia ahmad

Advertisement

Enggan membuatkan peminat tertanya-tanya, akhirnya Mia Ahmad tampil menjawab isu ini. Rupa-rupanya Mia Ahmad tidak dijemput oleh Saharul Ridzwan ke majlis perkahwinan tersebut. Kata Mia:-

Saya tidak mahu orang lain fikir bukan-bukan. Sampai ada antara komen (dalam laman sosial) yang saya rasa patut ditujukan kepada pengantin lelaki saja. Memang saya tidak dijemput malah saya tidak kisah pun. Kalau tiada jemputan, macam mana kita hendak hadir?

Inilah jawapan paling tepat untuk merungkai persoalan sinis netizen yang bertanya kenapa saya tidak pergi ke majlis kahwinnya. Kemudian timbul pula perbandingan mengapa pelakon lain ada, saya tiada.

Siap mendakwa kalau sudah kata kawan baik mengapa kenapa tidak hadiri majlis itu. Komen lain pula berbunyi, kata profesional, kenapa mengelak? Mulalah ‘naik’ pula nama Mira Filzah yang tidak pernah berlakon dengan Saharul pun nampak kelibat.

mia ahmad

Bagi Abang Nara kalau orang dah tak jemput, buat apa kita nak hadir kan? Walau dijemput sekali pun, tak datang pun tak apa sebab kenalah jaga hati dan perasaan isteri Saharul Ridzwan. Kadangkala para peminat ini memang over dan suka membuat spekulasi sendiri. Kesian Mia Ahmad. Tak apalah. Untuk makluman, Mia Ahmad kini sedang bercinta dengan penjaga gol JDT. Nanti kalau Mia kahwin, korang jangan buat-buat tanya pulak kalau Saharul Ridzwan tak datang. Faham-faham sendirilah. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...