“Tak Dapat Tengok Abah, Tengok Anak Pun Cukup Dah” – Hantaran Dr. Afifah Undang Perhatian, Pilih Untuk Berdamai Dengan Takdir

Kehidupan

“Tak Dapat Tengok Abah, Tengok Anak Pun Cukup Dah” – Hantaran Dr. Afifah Undang Perhatian, Pilih Untuk Berdamai Dengan Takdir

Isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, meluahkan rasa rindu terhadap suaminya di sebalik kemelut rumah tangga yang sedang melanda.

Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Dr. Afifah berkongsi bahawa rindunya sedikit terubat apabila melihat wajah anak lelaki mereka.

Advertisement

Luahan hati isteri nubhan

Tak dapat tengok abah, tengok anak ibu sorang ini pun cukup dah.

Dalam perkongsian berbeza, Dr. Afifah turut mengakui bahawa perjalanan rumah tangganya kini bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

Alhamdulillah untuk segala-galanya, termasuk bab yang tidak berakhir seperti yang saya harapkan.

Perjalanan ini memang tidak mudah. Namun, saya memilih untuk melangkah pergi dengan hati yang damai.

Walaupun berdepan dugaan, Dr. Afifah tetap menunjukkan kematangan dan ketulusan hati apabila menyatakan bahawa dia masih menyimpan kasih terhadap Nubhan serta mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu.

isteri nubhan

Saya masih menyimpan kasih dan sayang untuknya dan dengan tulus saya mengharapkan dia mendapat segala kebaikan.

Untuk rekod, Nubhan pernah melafazkan talak pertama pada tahun 2017 ketika Dr. Afifah sedang hamil enam bulan anak sulung mereka. Pasangan itu bagaimanapun telah rujuk semula, namun lafaz cerai dan rujuk tersebut tidak pernah didaftarkan secara rasmi di Mahkamah Syariah.

Baru-baru ini, Nubhan memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), lafaz rujuk, serta talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Hakim Tuan Muhamad Nazri Basrawi menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan pertama dan keterangan utama pihak plaintif.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang dan dikurniakan tiga cahaya mata  Aafiya (8), Ahmad Aaffan (6) serta Afzan Nayille (3).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Chazy Nash
2025-10-17 13:35:38

"Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah.." - Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...