Ternyata kontroversi beberapa keping gambar bersama Idris Khan telah memberikan impak besar terhadap kehidupan sebagai seorang pelakon kepada Atikah Suhamie. Selama 6 bulan, tiada sebarang tawaran berlakon telah diterima oleh pelakon yang berasal dari Singapura ini. Akibatnya, wang simpanan Atikah berkurangan sekaligus menyebab dia mengambil keputusan untuk pulang ke Singapura dan bekerja sebagai pegawai pemasaran.
Kata Atikah Suhaime:-
Selama enam bulan saya tak dapat apa-apa tawaran sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan untuk menampung perbelanjaan.
Jujur saya katakan disebabkan duit simpanan pun nak habis, saya nekad untuk pulang ke Singapura dan bekerja di sana sahaja.Kini saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran sejak awal bulan Julai lalu. Saya tak letakkan masa berapa lama akan berehat tapi Insya-Allah saya akan kembali dalam dunia seni.
Sebelum ini, Atikah Suhaime menerusi satu perkongsian di Instagramnya telah membayangkan “persaraannya” daripada dunia seni. Namun gambar tersebut telah pun dibuang atas permintaan ibunya.
Selama lima tahun, kehidupan saya ibarat di awan dan tidak berhubung dengan dunia sebenar. Saya juga sudah ketinggalan banyak hari jadi dan hari perkahwinan, malah ketinggalan hari kelahiran satu-satunya anak saudara saya
”
Tidak semua orang bertuah untuk mencipta nama di dalam dunia lakonan di Malaysia ini. Setiap orang sudah tertulis rezeki masing-masing. Mungkin rezeki Atikah Suhaime di dalam bidang lain. Tak perlu mengharap kepada benda yang tidak pasti, lebih-lebih lagi jika ia mengorbankan kehidupan peribadi kita. Semoga terus maju jaya diucapkan. Sumber Mstar Online.