Sehingga ke hari ini, rasa pilu dan sedih rakyat Malaysia masih dapat dirasai susulan kemalangan maut satu keluarga yang berlaku di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuatan, Jumaat lalu.
Lagi membuatkan ramai ‘terasa’ dengan pemergiaan mereka apabila anak sulung, Abdur Rahman, 19 teresak-esak menangis sewaktu menjadi imam solat jenazah buat ibu bapa dan empat orang adiknya.
Terbaru, Abdur Rahman tidak dapat menahan tangisannya selepas terima naskah al-Quran milik arwah adik perempuannya daripada Ustaz Nawfal.
Dapat dilihat di muka depan al-Quran tersebut tertulisnya nota dari arwah ibu Abdur Rahman yang memberikan ucapan hari jadi buat arwah adik, Fatimatulzahrah yang ke-16.
Sesudah membaca nota tersebut, remaja 19 tahun itu hanya mahu menangis sambil ditenangkan orang sekeliling.
Perkembangan terkini adik Abdur Rahman yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dia difahamkan kini berada dalam keadaan baik serta semakin sihat.