Tak Dapat Tahan, Fizi Ali Menangis Ketika Disoal Wartawan – “Saya Sangat Rindukan Anak, Ini Paling Lama Tak Dapat Jumpa”

Hiburan

Tak Dapat Tahan, Fizi Ali Menangis Ketika Disoal Wartawan – “Saya Sangat Rindukan Anak, Ini Paling Lama Tak Dapat Jumpa”

Hadir untuk sebutan kes tuntutan hadanah berhubung hak penjagaan anak perempuannya, Ameena Sofea, penyampai radio Fizi Ali yang ditemani isteri tidak dapat menahan air mata.

 

Advertisement

Tempoh paling lama tak jumpa anak

Fizi yang memakai serba hitam itu sebak mengenangkan sudah lama tidak dapat berjumpa dengan anak perempuannya dan mengalirkan air mata ketika diwawancara wartawan.

Saya sangat sangat rindukan anak saya. Hampir dua bulan saya tak jumpa anak saya. Saya rasa ini paling lama sekali saya tak dapat jumpa anak.

fizi ali

 

Takde effort pun?

Menyedari ada yang mempersoal dirinya tentang usaha yang dilakukan untuk berjumpa dengan Ameena, Fizi berkata dia tidak boleh buat perkara yang sewenang-wenangnya seperti pergi ke rumah Shakilla.

Malaysia ni ada undang-undang. Pergi sana (rumah Shakilla) boleh didakwa sebagai menceroboh. Saya dah pergi sekolah dia (Ameena), cikgu tak benarkan saya jumpa.

Tambah Fizi, banyak lagi usaha yang sudah dilakukan namun dia tidak boleh menghebahkan perkara itu kepada umum kerana ia perlu dibincangkan di mahkamah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

 

Tiada kata sepakat dicapai

Susulan gagal mencapai kata sepakat atau penyelesaian pada prosiding Sulh hari ini, kes ini akan diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Menurut peguam yang mewakili Fizi, mahkamah menetapkan tarikh 22 Februari akan datang bagi pengurusan kes seterusnya.

fizi ali

Fizi Ali
4 months ago

"Hadanah Bukan Untuk Berebut, Tapi Nak Anak Saya Dapat Kasih Sayang Sempurna" - Fizi Ali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...