Pejam celik,pejam celik dah nak raya. Pada yang dapat pulang berhari raya last minute tu, hati-hati memandu. Pandu dengan cermat. Tak perlu gopoh gapah sangat.
Namun barangkali masih ada juga yang tidak dapat pulang beraya pada tahun ini. Mungkin kerana kesibukan tugas atau ada perkara yang lebih penting perlu diuruskan. Mungkin juga hari raya ke 3 baru dapat pulang ke desa, tak mengapa.
Kalau ada antara korang tak dapat pulang beraya di kampung seperti orang lain, tak perlu rasa sedih kerana tak dapat menyambut lebaran beramai-ramai.
Korang boleh merasai kemeriahan suasana hari raya di Sunway Pyramid!
Sunway Pyramid sekarang ini sedang berlangsung sambutan aidilfitri bertemakan konsep retro Pop Yeh Yeh. Sunway Pyramid juga turut menawarkan voucher istimewa pada mereka yang hadir dan berpeluang mendapatkan potongan rambut ‘special’.
Selain dari itu, admin difahamkan Sunway Pyramid juga akan beri sampul raya edisi khas pada mereka yang membuat pembelian minima sebanyak RM250(RM150 pula untuk pemegang kad kredit HSBC). Fuhh bila lagi boleh dapatkan barang rare kan!
Kemeriahan ini bermula dari 17 Jun 2016 sehingga 10 Julai 2016. Admin pun nak singgah jap sebelum balik raya esok. Boleh rasai bahang pra raya pada malam raya ni. Yahoooo!