Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Dapat Pulang Beraya, Wani Kayrie “Hangus” RM4,000

wani kayrie

Penyanyi Wani Kayrie akur apabila beliau dan keluarga tidak dapat meraikan sambutan Aidilfitri di Sabah pada tahun ini.

wan kayrie

Advertisement

Menurut Wani, beliau yang terlalu teruja telah membuat persediaan awal membeli tiket penerbangan untuk pulang beraya di kampung halaman ibunya di Sabah.

Namun Wani bagaimanapun terpaksa reda dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang seakan memaksa dirinya dan keluarga untuk tidak pulang beraya bagi menangani wabak COVID-19.

“Tahun ini pun saya simpan duit kerja dan hadiahkan tiket penerbangan supaya keluarga dapat balik raya, memang setiap tahun saya hadiahkan tiket.”

Dalam pada itu, Wani turut menyatakan yang beliau kerugian hampir RM4,000 melibatkan kos tiket penerbangan  kerana terpaksa membatalkan perjalanan tersebut.

Advertisement

wani kayrie

Tambah Wani, tiket penerbangan itu juga difahamkan tidak mendapat bayaran balik dan hanya boleh digunakan untuk lokasi yang sama dalam masa setahun.

Bercakap berkenaan sambutan raya, Wani berkata beliau akan menyambut Syawal di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.

Wani juga turut menegaskan yang keluarga tetap akan beraya bersama malah yakin pandemik ini akan berakhir dengan segera.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    May 20, 2020 at 12:28 pm

    dia ni semasa masuk pertandingan dangdut asia di indosiar dgn bangga mengatakan ibu nya berasal dr indonesia dan ayah nya dr johor dan dgn bangga menyanyikan lagu jawa,

  2. zaza

    May 19, 2020 at 11:50 am

    tu pun nk bgtau…org lain terkandas x de la sibuk pasal harga tiket…bnda blh refund credit kot…2 tahun bukan 1 tahun…kalau nk cpt tukar tarikh flight je la…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top