Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee mengaku hilang nikmat beraya kerana tidak dapat berpuasa penuh setelah mengalami masalah kesihatan yang juga didakwa gangguan sihir.
Andi turut mengungkap rasa kecewa kerana pertama kali gagal untuk melakukan kewajipan berpuasa penuh pada tahun ini, malah dua hari sebelum Aidilfitri, Andi telah menjalani pembedahan uteral stent bagi mengelakkan buah pinggang bengkak dan melancarkan proses buang air kecil.
Ketika ditemubual dengan BH Online, Andi berkata,
Bagai hilang nikmat hendak beraya kalau kita tidak berpuasa. Saya tidak boleh melakukannya atas nasihat doktor. Saya rasa ralat. Namun, dalam keadaan ini, saya memerlukan banyak air. Tiada alasan untuk tidak minum. Saya kena buang air kecil hampir setiap jam.
Saya reda dengan ujian ini. Saya malas hendak fikir apakah ini kesan sihir atau tidak. Saya hanya mahu berikhtiar agar sihat semula… Insya-Allah.
Andi Bernadee atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, pernah mendedahkan dirinya disihir dan sedang menjalani proses perubatan Islam.
View this post on Instagram
Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu berkata pada tahun ini sambutan perayaan Aidilfitri hanya disambut secara berserdahana saja dan dia akan kembali bekerja pada hari Selasa bagi menyambung pengambaran drama Perisik Cinta Tak Diundang bersama Shiha Zikir.