Pelakon Zarina Zainuddin baru-baru ini memuat naik perkongsian tentang anaknya, Muhammad Razil Azrai (Azil) yang merupakan seorang penghidap autisme dalam laman Instagram miliknya.
Dalam posting berikut, Zarina menceritakan keadaan Azil yang ‘mengamuk’ di meja makan kerana menunggu keberadaan kembarnya untuk makan bersama.
Cerita malam tadi balik dari event saya terus masak…Masak tomyam, sambal sotong, daging goreng kunyit…Saya terus hidangkan untuk Azil…Tapi Azil tak nak makan rupanya Azil tunggu Azal…”
Turut dapat dilihat Azil memukul diri sendiri yang membuatkan pelakon tersebut tidak dapat menahan air mata melihat keadaan itu.
2 jam azil begini depan makanan tunggu Azal balik…Saya sendiri tak dapat nak bendung airmata saya…”
Pada hujung coretan Zarina di ruangan caption, dia sempat menitipkan kata-kata nasihat untuk ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak-anak autisme supaya terus bersabar dalam menghadapi ujian Allah SWT.
Buat ibu ayah yang ada anak-anak autisme ni kena banyak belajar bersabar..Sakitnya Allah jer yang tahu..Allah maha penyembuh segalanya setiap kekurangan ada kelebihan ada hikmah dalam setiap ujian Allah..”
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan-rakan artis dan warganet yang kagum dengan ketabahan pelakon itu dalam membesarkan anak-anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: