October 14th, 2020

Penyanyi dan pelakon Adibah Noor khabarnya kurang senang dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Rentetan kejadian, beliau dilihat tampil meluahkan rasa tidak puas hati apabila pendapatannya kembali tersekat susulan PKPB dikuat kuasakan oleh kerajaan bagi membasmi penularan wabak COVID-19.

Menerusi hantaran tweet di laman Twitter miliknya, Adibah memaklumkan beliau baru sahaja mendapat dua kerja di Johor Bahru namun segalanya terpaksa dibatalkan berikutan perintah berkenaan.

Bagaimanapun, beliau yang popular dengan sikap profesionalnya itu tampil  menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat buatnya, malah tidak ketinggalan mendoakan sesiapa sahaja yang mempersenda, mencaci maki dan berpuas hati di atas kesusahan orang lain tidak ditimpa kesusahan kelak.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, keputusan pelaksanaan PKPB dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.


4 responses to “Tak Dapat Laksanakan Kerja Di Johor Bahru, Adibah Noor Berang PKPB Dikuatkuasakan”

  1. Anonymous says:

    Ni sejenis xpaham konsep rezeki. Kalau mmg bkn rezeki kita buat mcm mana xkan ada… itu namanya kun faya kun.. lagi satu rezeki x pernah salah alamat….

  2. Anonymous says:

    masalah ni boleh diatasi, pergi balai polis minta permit merentas negeri, tunjukkan yg engkau ada kontrak atau job di luar lembah klang

  3. anon2000 says:

    Anonymous, takde mislead ke apa memang si adibah ni jenis against the current government. Penyokong kuat PH so memang otak macai PH lah. Teruk sangat reading comprehension kau anon oi! bawak2lah membaca lebih sikit. Si Adibah ni sama je dengan bini farid kamil tu. Satu kapal.

  4. Anonymous says:

    tajuk kau misled sgt bro! aku baca post adibah she just mentioned that she was so mad… r u sure because of pkpb? and not because of the pandemic itself? wow! menangguk di air keruh sgt ni. kau yg jobless kot sampai buat kerja mengadu domba mcm ni.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...