July 17th, 2020

Memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi bulan madu bersama suaminya Aiman Hakim Ridza, aktres jelita Zahirah Macwilson curi tumpuan warganet apabila acap kali memuat naik foto romantis bersama suami.

aiman ahkim zahirah macwilson bulan madu di langkawi

Menerusi muat naik di laman Instagram, Zahirah juga dilihat berkongsi foto dirinya dan suami berpelukan di pantai.

“Apa yang sepatutnya jadi bulan madu Morroco – Mediterranean kita.”

Posting di laman Instagram Zahirah juga turut memahat beberapa momen pasangan ini melakukan beberapa aktiviti alam semula jadi seperti melihat burung helang dan menikmati keindahan pantai Langkawi.

aiman ahkim zahirah macwilson bulan madu di langkawi

Kerap berkongsi foto-foto manis bersama suami, entri itu juga tidak henti-henti dihujani kata-kata murni daripada peminat, malah ramai dalam kalangan peminat pasanagn ini menitip ucapan selamat dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kerajaan telah memutuskan sekatan kepada rakyat Malaysia ke luar negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan susulan pandemic COVID-19.

aiman ahkim zahirah macwilson bulan madu di langkawi

Berikutan perintah itu, mungkin Zahirah dan suami terpaksa membatalkan hasrat tersebut untuk berkunjung ke negara berkenaan.

Untuk rekod, Zahirah sah bergelar isteri kepada Aiman dengan sekali lafaz di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada Februari 2020. Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Gempak


One response to “Tak Dapat Ke Morocco, Zahirah Macwilson Dan Aiman Hakim Terpaksa Berbulan Madu Di Langkawi”

  1. Kerang menawan says:

    Tak, aku nak tanya.. Yang retis jenis tag luxury brands macam LV, Burberry, Prada, Hermes… Sekadar menyebut beberapa brands, diorang ni jurucakap kepada brands ni ke? Ramai betul jurucakap luxury brands dekat mesia ni.. pantang bergambar dgn produk berjenama mewah sikit terus tag or mention official ig brand tu.. menggambarkan seolah ko ada kerjasama dgn brand tu? Dibayar ke? Kalau pakai brand cikai2 takdek plak tag brand cikai tuh? Ke retis2 ni perasan jer lebih.. tag jenama2 mewah ni dgn harapan akan diberi peluang jd spokesperson? Jgn ler mimpi di kesiangan retis mesia oii… littlemisskhan, intannajuwa, uqashasenrose, zahirahmcwilson, dan lain2 retis perasan yg seangkatan, wake up pleazeee… not your level to be appointed as a spokesperson for these super luxury brand… haihh…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...