Memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi bulan madu bersama suaminya Aiman Hakim Ridza, aktres jelita Zahirah Macwilson curi tumpuan warganet apabila acap kali memuat naik foto romantis bersama suami.
Menerusi muat naik di laman Instagram, Zahirah juga dilihat berkongsi foto dirinya dan suami berpelukan di pantai.
“Apa yang sepatutnya jadi bulan madu Morroco – Mediterranean kita.”
Posting di laman Instagram Zahirah juga turut memahat beberapa momen pasangan ini melakukan beberapa aktiviti alam semula jadi seperti melihat burung helang dan menikmati keindahan pantai Langkawi.
Kerap berkongsi foto-foto manis bersama suami, entri itu juga tidak henti-henti dihujani kata-kata murni daripada peminat, malah ramai dalam kalangan peminat pasanagn ini menitip ucapan selamat dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kerajaan telah memutuskan sekatan kepada rakyat Malaysia ke luar negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan susulan pandemic COVID-19.
Berikutan perintah itu, mungkin Zahirah dan suami terpaksa membatalkan hasrat tersebut untuk berkunjung ke negara berkenaan.
Untuk rekod, Zahirah sah bergelar isteri kepada Aiman dengan sekali lafaz di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada Februari 2020. Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Gempak