“Tak Dapat Gaji Kalau Beranak” – Netizen Terkejut Realiti Sebenar Bekerja Sebagai Penyampai Radio

Hiburan

“Tak Dapat Gaji Kalau Beranak” – Netizen Terkejut Realiti Sebenar Bekerja Sebagai Penyampai Radio

Perkongsian seorang pengguna di Threads mencetuskan perbincangan hangat apabila dia mendedahkan info mengejutkan selepas menyertai siaran langsung bersama penyampai radio Suraya Borhan.

Menurutnya, hanya stesen radio Suria FM sahaja yang menawarkan cuti bersalin bergaji kepada penyampai wanita, manakala stesen lain didakwa tidak menyediakan kemudahan itu.

Advertisement

surya borhan

Perkongsian itu menimbulkan rasa terkejut dalam kalangan pengguna lain yang tidak menyangka isu kebajikan penyampai radio wanita masih belum diberi perhatian serius.

Ramai menyifatkan ia sebagai tidak adil dan menggesa syarikat media memberi perlindungan sewajarnya kepada pekerja, terutamanya dalam hal yang melibatkan hak asas seperti cuti bersalin.

surya borhan spill tea

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut tergamam apabila mendengar pendedahan klu dari penyampai itu mengenai ketidakadilan yang dialami semasa berkhidmat dengan stesen radio berkenaan namun tiada penjelasan lanjut dari pihak mereka setakat ini.

Soraya borhan berhenti Suria FM
2025-08-02 17:18:08

"Patutnya Tamat 12 Ogos Ni.." - Berhenti Suria FM, Suraya Borhan Perlu Kerja Demi Menyara Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...