Penyanyi Zizi Kirana memaklumkan bahawa dia pernah mengalami keguguran cahaya mata sulung sekitar akhir tahun 2021 yang lalu.
Ujar Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil,38, dia tidak menyangka dirinya sedang hamil pada ketika itu sehinggalah dia jatuh sakit.
Saya terkejut sebenarnya sebab tak tahu ketika itu sedang hamil, ketika itu pula tengah kerja tak berhenti.
Pada mulanya, badan rasa sakit-sakit, lenguh-lenguh. Kemudian ada teringin epal fuji merah, bila Yusuf beli epal lain tak nak. Tapi layankan saja.
Ada masa rasa tak nak makan hidangan berkuah, sampaikan tak nak tengok! Bila rasa begitu, saya jadi pelik. Bila cuba ujian kehamilan, ada dua garis. Terkejutlah kami.
Namun, ketika berjumpa doktor keesokan harinya, tiba-tiba perut Zizi sakit sehingga menggigil dan ada darah keluar.
Bila ke hospital, doktor check ada pendarahan dan janin tak boleh diselamatkan sebab kandungan luar rahim.
Zizi juga memberitahu bahawa dia telah dikejarkan ke unit kecemasan dan dibius kerana kehilangan darah yang terlalu banyak.
Yang saya ingat sebelum masuk bilik bedah Yusuf cakap, sayang kena hidup tau, saya tunggu kat luar. Dia pun banyak tenangkan saya dan beri saya semangat. Katanya Allah yang beri rezeki dan kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersyukur.
Dia kini berada dalam keadaan baik dan mengurangkan kerja agar tidak terlalu rapat dan sibuk.
Terdahulu, Zizi dan Yusuf telah mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 setelah berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.