May 11th, 2020

Selepas mengetahui permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak berjaya, pelakon veteran Mak Wan menjual kuih tart nanas bagi menyara dan meneruskan kelangsungan hidup.

mak wan

Menurut laporan Harian Metro, Mak Wan kini juga difahamkan terpaksa membuat dan menghantar sendiri kuih berkenaan kepada pelanggannya.

Tambah Mak Wan, sepanjang Ramadan ini juga beliau hanya sekadar menjamah dua ke tiga biji kurma bersama air suam sahaja ketika berbuka puasa.

Hal ini kerana, pendapatannya kini seakan memaksa dirinya untuk berjimat cermat dan malah tidak menafikan yang dirinya juga bukanlah sejenis yang memilih.

“Walaupun permohonan BPN gagal, insya-Allah, ini rezeki untuk saya. Tapi, saya dimaklumkan boleh buat rayuan. Macam tart nanas, jika ada pesanan baru saya buat dan akan hantar kepada pelanggan. Kalau yang dekat dengan saya, mereka datang ambil sendiri,” katanya.

Bertanya mengenai kesihatannya, pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan itu juga turut menyatakan yang beliau kini telah seminggu tidak mampu berjalan disebabkan masalah bisul di kaki.

mak wan

Tambah Mak Wan, beliau kini sudah hampir seminggu tidak sihat kerana bacaan kencing manis difahamkan meningkat sehingga ke 19.

“Jadi, saya tidak kuat untuk berjalan. Mungkin sebab itu juga badan saya kurang sihat. Insya-Allah, selepas makan ubat beransur sembuh,” katanya.

Meskipun situasi getir menghimpit kehidupan artis veteran ini, namun dirinya tetap bersyukur dan turut berterima kasih kepada beberapa rakan artis yang tidak pernah jemu membantunya.

Untuk rekod, PU Azman, Norkhiriah, Eez dan Didie Alias merupakan antara individu yang turut sama membantu pelakon ini mengharungi ujian ini.

Sumber: Harian Metro


One response to “Tak Dapat BPN, Mak Wan Jual Kuih Raya”

  1. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    jual kueh raya pon rezeki juga tu nama nya..jangan harap duit BPN je kena lah usaha sendiri..semuga di murahkn rezeki..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...