“Tak Dapat Bernafas”, Azizulhasni Awang Kongsi Detik Cemas Kemalangan Di Brisbane

Trending

“Tak Dapat Bernafas”, Azizulhasni Awang Kongsi Detik Cemas Kemalangan Di Brisbane

Atlet berbasikal negara, Azizulhasni Awang nampaknya mengalami sedikit kesukaran di dalam persiapan menjelang Sukan Olimpik Tokyo tahun hadapan. Baru-baru ini, beliau mengalami kemalangan semasa bertanding di Piala Dunia di Brisbane, Australia. Beliau turut berkongsikan detik cemas itu di laman Facebook miliknya.

Detik-detik kemalangan

azizul hasni awang

Advertisement

Ketika loceng dibunyikan, menandakan tinggal lagi satu pusingan, saya cuba memecut ke hadapan untuk memotong pelumba dari Poland yang berada di hadapan. Ketika cuba memotong, pelumba dari Jepun yang datang dari belakang juga cuba untuk memecut ke hadapan dan memancung saya ke dalam, mengakibatkan saya terhimpit dengan pelumba dari Poland dan terus mencium permukaan velodrome bersama beberapa pelumba yang lain.

Pancungan itu kalau diikutkan seperti datang dengan niat yang kurang baik namun sebagai seorang atlet professional yang berjiwa besar, saya tetap melihatnya dengan positif.

Sudah lumrah dalam dunia lumba basikal track ini terutamanya dalam acara Keirin. Jatuh bangun itu adalah adat bertanding dan tidak perlu mengambil perkara seperti ini secara peribadi. Semua orang mahu menang dan disebabkan itu kadang-kadang benda tidak diingini berlaku. This is the beauty of the sport, sometime you win, sometime you bahamm tanohh.

Saya dimaklumkan pelumba Jepun itu di Disqualified kerana salah beliau. Malangnya, keputusan itu tidak menghilangkan sakit dan luka-luka di badan saya yang sasa ini.

Terseret jauh 

azizulhasni awang

Saya terseret jauh, mata di pejam, terasa kulit badan bergeseran dengan permukaan kayu, panas, pedih dan sakit, situasi amat huru hara, terdengar juga jeritan dari pelumba lain. Dalam hati saya, hanya mampu menyebut nama Allah dan berdoa supaya tidak ada kayu mencucuk ke dalam tisu badan saya seperti kejadian pada tahun 2011 lalu.

Apabila seretan sudah berhenti, saya mengerang kesakitan, tidak dapat bernafas hasil dari hentakan jatuh dan juga di langgar oleh pelumba dari belakang saya pada kelajuan at least 70km/h.

Saya dah macam ayam kena sembelih. Ramai orang mengelilingi saya, saya tidak dapat membuka mata, tapi terdengar suara jurulatih John Beasley, beliau suruh saya baring, relax dan cuba bernafas.

Saya cuba relax kan otot-otot saya semampu boleh dan fokus kepada pernafasan. Sakitnya bukan kepalang. Apabila pernafasan pulih sedikit, saya memberanikan diri untuk membuka mata. Saya nampak ramai orang, jurulatih dihadapan saya. Saya beritahu mereka, bahu saya sakit, rusuk hadapan dan belakang belah kanan juga sakit dan saya cakap tolong lah bukak helmet saya ni, lemas!

Paramedik bergegas beri bantuan

azizulhasni awang

Helmet saya pecah. Visor juga patah dan tercampak entah kemana, terasa sakit dengan luka berdekatan mata, barangkali terkena serpihan tersebut. Seorang paramedik lelaki cuba menguji kecerdasan otak kanan saya, beliau bertanya,

“What’s your name mate?”

Saya pun cuba menguji kecerdasan otak beliau juga,

“My name is John Beasley.”

Kelihatan jurulatih saya menggeleng kepala. Why so serious. Soalan kedua ditanya oleh beliau, do you know where you are now? Saya pun menjawab, I’m in the heaven. Semua orang tergelak. Sekurang-kurangnya semua orang reda sedikit dari tekanan termasuk saya. Mereka ingin meletakkan saya di atas stretcher tapi saya memilih untuk bangun dan berjalan walaupun kesakitan.

azizulhasni awang

Bukan apa. Saya nak sampaikan mesej kepada isteri dan anak-anak yang berada di tempat penonton supaya mereka tidak risau dan nampak everything is okay, kononnya. Saya pun berjalan terhinjut-hinjut, langkah demi langkah, semua penonton memberikan tepukan tanda penghormatan.

Mahu sambung perlawanan

Saya lihat jurulatih mula mengemas barang-barang saya semua dan saya pun tanya, berapa lama lagi repecharge (next race) akan start? Bolehkan saya menyambung perlumbaan? Dan jurulatih memberitahu yang dia tidak membenarkan saya meneruskan perlumbaan dan saya harus ke hospital.

azizulhasni awang

Saya cakap lagi “I will be fine, just one race at the time dan kita tengok bagaimana.” Jawapan masih sama dari beliau dan saya tidak berjaya memujuk beliau. Saya hanya dapat melihat skinsuit saya dipotong dan luka saya dicuci, sakit nya ya amat. Nak jerit tapi takut nanti saya bertukar jadi hijau, susah pulak karang. Saya pun dibawa menaiki ambulance dan terus dibawa ke hospital.

azizulhasni awang

Buat waktu ini saya masih menunggu feedback dari doktor akan kondisi diri saya dan berharap tidak ada kecederaan serius. Kepada penyokong saya khusus rakyat Malaysia yang sentiasa berdiri teguh dibelakang saya, seribu kemaafan kerana tidak dapat meneruskan perlumbaan dan tidak dapat mengulangi kejayaan seperti di New Zealand tempoh hari.

Ini detik-detik kemalangan semasa perlawanan di Brisbane.

Artikel berkaitan: “My 10th Asian Titles”, Azizulhasni Awang Raih Emas Di Korea Selatan Untuk Raja Pecut Asia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...