Tindakan pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim yang sanggup meminjamkan wang sebanyak RM29,000 mendapat perhatian pengacara Zulin Aziz. Ia berlaku berikutan tindakan Zulin yang sekadar melakukan “prank” pelakon tampan itu.
Menerusi satu video sedutan Trek Selebriti musim terbaharu, Zulin melakukan “prank” kepada Fikry dengan menyatakan hasratnya ingin meminjam wang untuk melangsaikam hutang sewa rumahnya dan juga sebagai duit pendahuluan untuk melakukan perniagaan.
Tanpa ragu, pelakon lelaki itu bersetuju menyerahkan jumlah wang yang dinyatakan Zulin selepas dihubungi.
View this post on InstagramAdvertisement
Bagaimanapun, selepas memberitahu bahawa ia hanyalah sekadar “prank”, Fikry kemudiannya tergelak besar apabila mengetahui hal berkenaan.
Menurut Zulin, Fikry merupakan seorang sahabat yang baik dan sanggup membantu dirinya yang kesusahan dengan rela hati.
“Tapi seriously Fikry ni orang yang sangat baik hati. Itu baru sikit korang tau siapa dia. Sembahyang, mengaji, jaga keluarga dia dan anak yang baik.”
Kisah tersebut dikongsi Zulin menerusi sebuah posting di laman Instagramnya. Seperti sudah dijangka, entri berkenaan mendapat perhatian para pengikutnya yang kagum melihat kebaikan Fikry yang sanggup membantu insan dalam kesempitan.
Malah ada juga yang beranggapan bahawa Fikry merupakan selebriti yang tidak kedekut dan murah hati untuk berkongsi rezeki.

Pulun abiss
July 2, 2020 at 6:29 pm
Fikry ni dlu satu jemaah kariah di Masjid Hosba..bagus orgnya wlau dh kereta jenama newah tinggal di kejiranan eksklusif tp dgn kwn2 kampung di Napoh ttap mainten x de eksyennn…
Utara lover
July 1, 2020 at 8:03 pm
Aku rasa fikry ni jodoh yg aku nak dedulu..org utara muka ala2 tall dark hensem gittew..pulak skg dia berniaga kt tmpt aku duk skg. tp nasib la suami perfect 10 aku dh sambar dlu.. Fikry wait in line ye ?
me
July 1, 2020 at 11:34 am
sembahyang tu wajib tak payah gebang
mamamia
July 1, 2020 at 10:35 am
hati2 nk heboh2 bnd cm ni.. silap2 ramai plk kwn dtg mintak tolong. tak kn dia xnk tolong..