Tindakan pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim yang sanggup meminjamkan wang sebanyak RM29,000 mendapat perhatian pengacara Zulin Aziz. Ia berlaku berikutan tindakan Zulin yang sekadar melakukan “prank” pelakon tampan itu.
Menerusi satu video sedutan Trek Selebriti musim terbaharu, Zulin melakukan “prank” kepada Fikry dengan menyatakan hasratnya ingin meminjam wang untuk melangsaikam hutang sewa rumahnya dan juga sebagai duit pendahuluan untuk melakukan perniagaan.
Tanpa ragu, pelakon lelaki itu bersetuju menyerahkan jumlah wang yang dinyatakan Zulin selepas dihubungi.
Bagaimanapun, selepas memberitahu bahawa ia hanyalah sekadar “prank”, Fikry kemudiannya tergelak besar apabila mengetahui hal berkenaan.
Menurut Zulin, Fikry merupakan seorang sahabat yang baik dan sanggup membantu dirinya yang kesusahan dengan rela hati.
“Tapi seriously Fikry ni orang yang sangat baik hati. Itu baru sikit korang tau siapa dia. Sembahyang, mengaji, jaga keluarga dia dan anak yang baik.”
Kisah tersebut dikongsi Zulin menerusi sebuah posting di laman Instagramnya. Seperti sudah dijangka, entri berkenaan mendapat perhatian para pengikutnya yang kagum melihat kebaikan Fikry yang sanggup membantu insan dalam kesempitan.
Malah ada juga yang beranggapan bahawa Fikry merupakan selebriti yang tidak kedekut dan murah hati untuk berkongsi rezeki.